Kebakaran hutan di Sumatera 1,000 penduduk dipindahkan

Foto AFP

BANGKA, 13 Oktober –Hampir 300 rumah musnah dalam kebakaran hutan di Pulau Sumatera, Indonesia, memaksa hampir 1,000 penduduk berpindah ke tempat selamat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fenomena El Nino mencetuskan kemarau, menjadikan kebakaran hutan tahun ini lebih teruk.
  • Kaedah tebang dan bakar menyumbang kepada perubahan landskap serta meningkatkan risiko kebakaran hutan.
  • Asap tebal menyebabkan jerebu, meningkatkan penyakit pernafasan, menjejaskan negara jiran dan menghentikan operasi pesawat pemadam.

Datuk Bandar Riza Herdavid berkata, penduduk mula menyedari kebakaran menghampiri kampung mereka di wilayah Bangka Belitung pada Sabtu lalu sebelum cuba memadamkan api menggunakan pam air mudah alih.

Indonesia berdepan kebakaran hutan setiap musim kering, namun kebakaran tahun ini lebih buruk berikutan fenomena cuaca El Nino yang mencetuskan kemarau.

Pakar turut mengaitkan kejadian itu dengan amalan pembukaan tanah menggunakan kaedah tebang dan bakar, yang mengubah landskap semula jadi di Sumatera dan Borneo.

Kebakaran tahun ini turut menyebabkan jerebu tebal serta puluhan ribu kes penyakit berkaitan pernafasan, selain meningkatkan pencemaran udara di Singapura dan Malaysia.

Keadaan bertambah buruk apabila asap tebal di sebuah wilayah di Borneo menyebabkan operasi pesawat pengebom air terpaksa dihentikan.

Sementara itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, pada Isnin mengarahkan kerajaan menggerakkan segala usaha bagi memadamkan kebakaran hutan yang berlarutan sehingga tiga bulan di beberapa kawasan. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.