fb fb fb fb fb

Perdagangan Malaysia catat pertumbuhan 13.3 peratus bulan lalu

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Perdagangan Malaysia mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 13.3 peratus kepada RM234.73 bilion bulan lepas.

Perdagangan negara kembali meningkat setelah merekodkan penyusutan tahun ke tahun bagi tempoh 10 bulan berturut-turut.

Bagi bulan tersebut, eksport berkembang 8.7 peratus kepada RM122.43 bilion.

Manakala import naik 18.8 peratus kepada RM112.3 bilion.

Sementara itu, lebihan dagangan berjumlah RM10.12 bilion, menjadikannya lebihan dagangan yang ke-45 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.

Pertumbuhan eksport disokong kenaikan antaranya dalam keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan.

Eksport membabitkan rakan dagang utama seperti ASEAN, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun mencatatkan pertumbuhan.

Berbanding Disember 2023, perdagangan, eksport dan import masing-masing meningkat 4.3 peratus, 3.4 peratus dan 5.3 peratus.

Sebaliknya, lebihan dagangan susut 13.8 peratus.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE