fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal.

Pada pukul 9.36 pagi, bulan semasa Julai 2024 meningkat 2.0 mata kepada 1,627.5, Ogos 2024 naik 1.5 mata kepada 1,630.0 dan September 2024 menambah 0.5 mata kepada 1,612.5, bagaimanapun Disember 2024 tidak berubah pada 1,618.5.

Jumlah dagangan sebanyak 919 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 47,051 kontrak.

Sementara itu, FBM KLCI naik 3.43 mata kepada 1,622.49 selepas 36 minit dagangan. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA