fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Mac - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi Bursa Komoditi New York (COMEX) di New York Mercantile Exchange dalam tempoh semalaman memandangkan indeks dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil Perbendaharaan AS meningkat.

Menurut laporan, bacaan inflasi AS yang lebih tinggi berbanding jangkaan merangsang indeks dolar AS dan hasil Perbendaharaan, justeru mewujudkan sentimen lemah terhadap emas.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 menyusut kepada US$2,173.80 setiap auns troy daripada US$2,174.50 setiap auns troy ketika ditutup pada Khamis.

Kontrak bagi bulan semerta April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup rendah kepada US$2,183.90 setiap auns troy daripada US$2,184.50 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot daripada 32 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 43 kontrak berbanding 41 kontrak.

Menurut Persatuan Pasaran Jongkong London pada penetapan 14 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,160.80 bagi setiap auns troy. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF