
WASHINGTON, 22 April – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan lanjutan gencatan senjata dengan Iran bagi memberi ruang kepada Tehran mengemukakan cadangan bersama.
- Gencatan senjata dua minggu bermula 8 April dan berakhir hari ini.
- Trump berkata keputusan dibuat susulan keadaan politik dalaman Iran tidak stabil.
- Beliau mengarahkan tentera AS meneruskan sekatan sedia ada dan bersedia menghadapi kemungkinan.
- Tiada tempoh baharu ditetapkan, Trump sebelum ini memaklumkan lanjutan mungkin tidak dilanjutkan.
Gencatan senjata dua minggu antara AS dan Iran yang bermula 8 April lalu, berakhir hari ini (Rabu).
Presidennya Donald Trump berkata keputusan itu dibuat susulan keadaan politik dalaman Iran yang disifatkan tidak stabil.
Beliau turut mengarahkan tentera AS meneruskan sekatan sedia ada sambil bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Gencatan senjata dilanjutkan sehingga cadangan dikemukakan dan rundingan dimuktamadkan,” katanya.
Tiada tempoh baharu ditetapkan Washington bagi lanjutan gencatan senjata tersebut.
Terdahulu, Trump dalam satu wawancara memaklumkan bahawa gencatan senjata dua minggu dengan Iran berkemungkinan tidak dilanjutkan. – REUTERS