
HOMALIN, 22 April – Sekurang-kurangnya dua maut manakala 11 lagi cedera dalam kebakaran besar melibatkan kapal tangki minyak di pelabuhan sungai Homalin, wilayah Sagaing, Myanmar.
RINGKASAN BERITA AI
- Kebakaran bermula pada kapal tangki minyak, merebak dan mencetuskan letupan besar.
- Api memusnahkan kira-kira 20 kenderaan dan keseluruhan infrastruktur pelabuhan.
- Pihak bomba gagal mengawal kebakaran kerana intensiti api terlalu tinggi.
- Jumlah korban dijangka meningkat kerana penyelamat belum dapat memasuki kawasan; kejadian serupa 29 Mac mengorbankan enam orang.
Kebakaran bermula apabila kapal tangki minyak terbakar pada petang Isnin sebelum merebak dan mencetuskan letupan besar.
Api marak turut memusnahkan kira-kira 20 kenderaan serta keseluruhan infrastruktur pelabuhan.
Pihak bomba gagal mengawal kebakaran berikutan intensiti api yang terlalu tinggi.
Jumlah korban dijangka meningkat berikutan pasukan penyelamat masih belum dapat memasuki kawasan kejadian.
Kejadian sama turut dilaporkan berlaku pada 29 Mac lalu di pelabuhan berhampiran, mengorbankan enam individu apabila bot membawa bahan api terbakar. – VIORY