
BUCHAREST, 22 April – Artifak purba Romania berusia 2,500 tahun yang dicuri dari sebuah muzium di Belanda tahun lalu, berjaya dipulangkan semula ke negara itu.
- Helmet Emas Cotofenesti dan dua gelang emas tiba di Muzium Sejarah Nasional Bucharest dengan kawalan keselamatan ketat.
- Rakaman keselamatan menunjukkan suspek menggunakan bahan letupan dan peralatan besi untuk memecah masuk muzium pada waktu malam.
- Tiga suspek ditahan dan membantu pihak berkuasa menjejaki artifak, tetapi satu gelang dilaporkan masih belum ditemui.
Artifak tersebut, termasuk Helmet Emas Cotofenesti dan dua gelang emas, tiba di Muzium Sejarah Nasional Romania di Bucharest dengan kawalan keselamatan ketat.
Menurut pihak berkuasa, khazanah itu dicuri dalam kejadian pecah masuk di Muzium Drents di Assen pada Januari tahun lalu.
Rakaman keselamatan menunjukkan suspek menggunakan bahan letupan dan peralatan besi untuk memecah masuk muzium pada waktu malam.
Tiga suspek ditahan beberapa hari selepas kejadian dan membantu pihak berkuasa menjejaki semula artifak tersebut.
Menteri Kebudayaan Romania Andras Istvan Demeter menyifatkan kepulangan itu sebagai detik penting kepada negara.
“Ini adalah warisan bernilai tinggi bukan sahaja kepada Romania, malah kepada sejarah budaya Eropah,” katanya.
Helmet emas itu merupakan antara artifak arkeologi paling penting Romania, manakala gelang emas yang ditemui dianggarkan berasal dari sekitar 50 sebelum Masihi.
Bagaimanapun, satu lagi gelang dilaporkan masih belum ditemui. – REUTERS