Trump dakwa Iran mahu Selat Hormuz dibuka semula, elak kehilangan hasil minyak

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump/ AFP

WASHINGTON, 22 April – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu hantaran di platform Truth Social memaklumkan bahawa Iran berhasrat membuka semula Selat Hormuz bagi mengelakkan kehilangan hasil minyak, namun menegaskan sekatan penuh akan terus dikuatkuasakan sepanjang rundingan gencatan senjata berlangsung.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump dakwa Iran tidak mahu Selat Hormuz ditutup kerana menjejaskan hasil minyak kira-kira AS$500 juta sehari.
  • Beberapa pihak hubungi beliau, kata Iran mahu buka semula selat segera; Trump kata tiada perjanjian kecuali tindakan lengkap terhadap Iran.
  • Trump umum lanjutan gencatan senjata tanpa had untuk beri ruang diplomasi dalam konflik tujuh minggu.
  • Pegawai Iran menafikan memohon lanjutan gencatan senjata dan ulang ancaman memecahkan sekatan AS dengan paksaan.

Beliau mendakwa Iran tidak mahu Selat Hormuz ditutup kerana ia akan menjejaskan pendapatan hasil minyak yang dianggarkan kira-kira AS$500 juta sehari.

‘Oleh itu, itulah yang mereka rugi jika ia ditutup! Mereka hanya mengatakan mereka mahu ia ditutup kerana saya telah menyekatnya sepenuhnya (ditutup). Jadi mereka hanya mahu menyelamatkan air muka

“Beberapa pihak telah menghubunginya beberapa hari lalu memaklumkan bahawa Iran mahu membuka semula selat itu dengan segera. Tetapi jika kita berbuat demikian, tidak akan ada perjanjian dengan Iran, melainkan kita meletupkan seluruh negara mereka, termasuk pemimpin mereka”, katanya menerusi platform Truth Social pada Selasa (21 April).

Hantaran itu dibuat beberapa jam selepas Trump mengumumkan lanjutan gencatan senjata dengan Iran tanpa had bagi memberi ruang kepada usaha diplomasi dalam konflik yang telah berlarutan selama tujuh minggu.

Trump berkata Pakistan telah memohon agar Amerika Syarikat menangguhkan serangan yang dirancang, bagi membolehkan pemimpin dan wakil Iran merangka satu cadangan bersama.

Bagaimanapun, pegawai Iran secara terbuka menolak dakwaan bahawa Tehran meminta lanjutan gencatan senjata, sebaliknya mengulangi ancaman untuk memecahkan sekatan Amerika Syarikat dengan paksaan.-REUTERS