Perdana Menteri lawat mangsa dan tinjau situasi kebakaran di Sandakan hari ini

Kebakaran pada Ahad memusnahkan kira-kira empat hektar kawasan, menyebabkan lebih 9,000 penduduk hilang tempat tinggal. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 22 April – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan meninjau situasi kebakaran besar di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan yang meranapkan 1,000 rumah, sekali gus menyebabkan lebih 9,000 penduduk hilang kediaman pada Ahad lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mulakan tinjauan di lokasi bencana berhampiran Masjid Kampung Bahagia pada 4.20 petang.
  • Beliau akan menziarahi mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gas pada 4.35 petang.
  • Susulan lawatan ke PPS Dewan PPR Taman Batu Sapi (5 petang) dan PPS Dewan Lintas Sibuga (5.30 petang).
  • Kunjungan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta penyaluran bantuan kepada semua pihak terlibat.

Beliau dijangka memulakan tinjauan di lokasi bencana berhampiran Masjid Kampung Bahagia pada 4.20 petang ini, sebelum meluangkan masa menziarahi penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan kini berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Datuk Seri Anwar dijadualkan melawat mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gas pada 4.35 petang, disusuli lawatan ke PPS Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi pada 5 petang.

PPS Dewan Lintas Sibuga menjadi lokasi terakhir tinjauan Datuk Seri Anwar pada pukul 5.30 petang.

Kunjungan Perdana Menteri juga bagi memastikan kelancaran pengurusan serta penyaluran bantuan kepada semua pihak yang ditimpa musibah.

Dalam kejadian pada Ahad, kawasan berpenduduk seluas lebih empat hektar musnah.