GSF cetus inspirasi karya pemenang ASA 2026

Foto AFP / RTM, Norhaslinda Hassim

KUALA LUMPUR, 25 Oktober– Global Sumud Flotilla (GSF) mencetus ilham pemenang anugerah Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dan Kapsul Radio Terbaik Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 di atas penghasilan karya “Sumud: Cahaya di Tengah Kegelapan Gaza”.

RINGKASAN BERITA AI
  • Norhaslinda berhasrat meneruskan karya sebagai kesinambungan yang mencerminkan solidariti terhadap Palestin, menzahirkan bahawa perjuangan belum tamat.
  • Penyampaian maklumat dan perkongsian informasi merupakan elemen asas dalam penghasilan karya beliau.
  • Asrulhisyam menekankan tugas pasukannya merealisasikan idea penerbit dan pengarah, termasuk mencari lokasi sinematik berunsur fiksyen.

Penerbit Rancangan Radio, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norhaslinda Hassim berhasrat mencipta kesinambungan karya tersebut.

“Saya telah menerima ilham dalam penghasilan karya tersebut ketika melihat perjuangan pasukan GSF. Saya juga membuat keputusan untuk mencipta kesinambungan karya tersebut.

“Ia mempunyai sentuhan dalam cerminan solidariti terhadap Palestin yang bermaksud ‘perjuangan masih belum tamat’, katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi bual bicara di Program Selamat Pagi Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, penyampaian maklumat dan perkongsian informasi merupakan elemen penting yang menjadi asas dalam penghasilan karya beliau.

Seorang lagi penerima ASA 2026, pengarah kesan khas bebas, Asrulhisyam Ahmad, merangkul Anugerah Kesan Khas Terbaik menerusi karya “Srikandi”.

Beliau berkata, tugas utama pasukannya adalah untuk merealisasikan idea penerbit dan pengarah projek.

“Apa yang saya boleh rangkumkan, tugas utama kami adalah merealisasikan idea penerbit dan pengarah projek.

“Jika ia memerlukan lokasi yang bersifat sinematik, serta berunsurkan fiksyen, maka segala jalan haruslah dicari dalam penghasilan idea yang dicetuskan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.