fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil dengan sokongan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 15 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Isnin susulan langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM26.18 bilion manakala dana Islam sebanyak RM17.61 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta, masing-masing bagi tempoh tujuh hari dan 14 hari serta dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing selama 30 hari dan 91 hari.

BNM akan turut menawarkan tender Qard bernilai RM500 juta selama tujuh hari.

Selain itu, bank pusat berkenaan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM27.6 bilion dan RM17.2 bilion bagi tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA