‘Padah’ seminggu terbabit penjualan air ketum, seorang individu ditahan

Suspek dan semua barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Pasir Puteh untuk tindakan lanjut

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Seorang individu yang baharu seminggu terbabit dengan kegiatan penjualan air ketum sebagai sumber pendapatan sampingan, ditahan dalam serbuan di kawasan semak dekat Kampung Tualang Rendah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan yang membawa kepada rampasan 31.5 liter air ketum.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan dilakukan anggota Risik Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa selepas menerima maklumat mengenai kegiatan menjual air ketum.
  • Pemerhatian 30 minit mengesan suspek membuka mangga tong dan mengeluarkan bungkusan plastik dipercayai air ketum, keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,145.
  • Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada BSJN IPD Pasir Puteh; kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kenyataan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Ahmad Radzi Hussain memaklumkan serbuan dilaksanakan anggota Risik Batalion 8, PGA Pengkalan Chepa, selepas menerima maklumat berhubung kegiatan disyaki menyimpan dan menjual air ketum di kawasan berkenaan.

“Pemerhatian selama 30 minit dilakukan bertujuan mengesan seorang individu yang telah memasuki kawasan semak berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek kemudian membuka kunci mangga sebuah tong plastik sebelum mengambil beberapa bungkusan plastik lutsinar disyaki air ketum dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1,145,”menurut kenyataan berkenaan.

Suspek bersama semua barang rampasan kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.