Pelajar kolej swasta maut jatuh kondominium

Remaja 18 tahun maut terjatuh kondominium di Setapak / Foto PDRM

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Seorang remaja berusia 18 tahun disahkan maut selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa merupakan pelajar semester pertama sebuah kolej swasta.
  • Kondominium itu dijadikan asrama pelajar dan pengawal keselamatan memaklumkan kejadian kepada polis.
  • Rakaman CCTV menunjukkan mangsa tiba, terjun dari koridor, disahkan meninggal dunia; kes diklasifikasikan sebagai SDR dan siasatan diteruskan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Annas Sulaiman mengesahkan semakan awal mendapati mangsa merupakan pelajar semester pertama sebuah kolej swasta.

“Kondominium itu dijadikan sebagai asrama bagi penuntut kolej berkenaan.

“Pada lebih kurang pukul 8.50 pagi, pihak polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan awal dan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa tiba di kediaman terbabit lebih kurang pukul 7.07 pagi, kemudian dilihat terjun dari koridor di tingkat 22 sebelum terjatuh ke aras tingkat 6 di bahagian bawah bangunan,”katanya menerusi kenyataan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.