Usahawan kecil harap Belanjawan 2027 terus perkasa sektor PMKS

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Usahawan kecil berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober ini terus memberi tumpuan kepada keperluan dan kelangsungan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Tingkatkan dana dan geran untuk bantu usahawan kecil kembangkan perniagaan dari rumah ke kedai, bengkel dan kilang.
  • Perluasan saluran pembiayaan melalui institusi perbankan dan hebahan meluas supaya lebih ramai usahawan dapat memanfaatkan peluang.
  • Sokongan berterusan kerajaan termasuk kemudahan pinjaman penting untuk memastikan pertumbuhan perniagaan dan sumbangan kepada ekonomi negara.

Usahawan, Fauziah Abdus Somad, berkata antara harapan utama adalah peningkatan dana serta geran bagi membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka.

“Harapan saya supaya kerajaan boleh memberi lebih banyak lagi dana dan geran untuk usahawan-usahawan kecil macam kami.

“Daripada rumah sekarang ini, kami boleh pergi ke kedai, bengkel yang lebih besar dan seterusnya ke kilang yang lebih besar,” ujarnya ketika ditemui RTM.

“Saya turut berharap lebih banyak dana disalurkan menerusi institusi perbankan dan dihebahkan secara meluas supaya peluang pembiayaan dapat diketahui serta dimanfaatkan lebih ramai usahawan kecil, ” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Ariff Addnan, berkata bantuan yang diterima sebelum ini banyak membantu memperkukuh perjalanan perniagaannya.

Katanya, sokongan berterusan kerajaan termasuk kemudahan pinjaman amat diperlukan bagi memastikan usahawan kecil dapat terus mengembangkan perniagaan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Alhamdulillah, manfaat yang saya dapat sebelum ini banyak memperkasakan perjalanan perniagaan saya.

“Harapan saya, kerajaan terus memberi perhatian kepada kami usahawan-usahawan kecil untuk terus bergerak kerana kami juga adalah antara penyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

“Belanjawan seperti bantuan-bantuan pinjaman untuk usahawan-usahawan kecil macam kami ini adalah sangat diperlukan bagi meneruskan jalanan perniagaan kami, katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.