Hari Kebangsaan : Jemputan tidak dipanjangkan secara automatik kepada bekas PM sejak 2018

Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan merakamkan penghargaan atas perhatian dan pemahaman semua pihak/Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 31 Ogos – Jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada bekas Perdana Menteri berdasarkan amalan sejak tahun 2018.

RINGKASAN BERITA AI
  • BIUPA, Jabatan Perdana Menteri mengesahkan tatacara pengurusan jemputan bagi Sambutan Hari Kebangsaan berkuat kuasa.
  • Kehadiran bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diurus melalui pihak berkenaan mengikut tatacara jemputan rasmi.
  • Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Tun Dr Mahathir di luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026; Urus Setia merakam penghargaan.

Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan jemputan bagi acara-acara rasmi utama Kerajaan Persekutuan mengesahkan terdapat tatacara pengurusan jemputan yang berkuat kuasa bagi Sambutan Hari Kebangsaan.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah.

“Walau bagaimanapun, kehadiran mana-mana bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diuruskan melalui pihak berkenaan selaras dengan tatacara serta pengurusan jemputan rasmi yang ditetapkan.

“Pada masa sama, pihak Urus Setia menerima makluman daripada Pejabat Perdana Menteri yang memaklumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan ke luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026 berdasarkan permohonan Kemudahan Berehat ke Luar Negara yang telah diterima dan diluluskan oleh Perdana Menteri selaras dengan ketentuan Saraan Bekas Perdana Menteri di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237],”menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga menyatakan Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 mengambil maklum beberapa pertanyaan berhubung kehadiran Tun Dr Mahathir pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, pagi tadi.

Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan merakamkan penghargaan atas perhatian dan pemahaman semua pihak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.