fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.18 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.18 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menjalankan tender repo terbalik bernilai RM1.5 bilion selama 32 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.7 bilion dan RM19.2 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM