fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM54.65 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.55 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik Islam bernilai RM300 juta bagi 91 hari.

BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian julan dan beli balik dan kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM54.6 bilion dan tender semalaman murabahah bernilai RM12.8 bilion.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN