fb fb fb fb fb

Zelenskiy bertemu Setiausaha Pertahanan AS di Singapura

Lloyd Austin dan Volodymyr Zelenskiy di Singapura hari ini bagi menghadiri Dialog Shangri-La di Singapura/Reuters

SINGAPURA, 2 Jun- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy hari ini bertemu dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin di luar sidang kemuncak keselamatan, Dialog Shangri-La di Singapura.

Menteri Pertahanan Ukraine, Rustem Umerov turut menghadiri mesyuarat itu.

Zelenksiy dan Austin dijangka membincangkan situasi perang di Ukraine dengan Austin akan menekankan komitmen AS untuk memastikan Ukraine mempunyai segala keperluan untuk mempertahan diri daripada pencerobohan Rusia, kata seorang pegawai pertahanan AS kepada Reuters.

Zelenskiy juga dijadual berucap pada sesi perbincangan terakhir sidang kemuncak itu yang bertajuk "Re-Imagining Solutions for Global Peace and Regional Stability".

Dialog Shangri-La dianjurkan oleh Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS) yang berpangkalan di London, berakhir hari ini.

Ini merupakan lawatan kedua Zelensky ke Asia sejak Rusia menyerang Ukraine pada Februari 2022. Pada Mei 2023, beliau menghadiri mesyuarat G7 di Jepun. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA