fb fb fb fb fb

Pakistan, Arab Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan

Seorang lelaki meratapi jenazah seorang saudaranya yang terbunuh dalam serangan udara Israel semalaman di kem pelarian Jabalia di utara Gaza, di hadapan al-Maamadani, semalam/AFP

NEW DELHI, 13 Oktober- Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar dan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal Bin Farhan pada Sabtu mengadakan perbincangan mengenai situasi yang semakin buruk di Lubnan dan Palestin ketika Israel terus memperhebatkan perang genosidnya.

Menurut laporan Agensi Berita Saudi, kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.

"Mereka berbincang mengenai situasi di Palestin dan Lubnan serta menzahirkan komitmen dan sokongan penuh terhadap rakyat Palestin dan Lubnan," menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

Rejim Israel melancarkan serangan udara besar-besaran di Gaza, mengancam untuk memusnahkan keseluruhan penduduk di utara Gaza.

Pengeboman turut diperluaskan ke Lubnan, dengan tentera Israel menyasarkan pasukan pengaman PBB di sepanjang "blue line."

Tembakan pada malam Jumaat mencederakan seorang anggota pengaman, menurut Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu.

Lima anggota UNIFIL dilaporkan cedera dalam tempoh dua hari lalu.

Setakat ini, rejim Zionis membunuh 42,175 rakyat Palestin dan 2,169 orang di Lubnan dalam perang genosid yang berlangsung selama setahun. -BERNAMA

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA