fb fb fb fb fb

Hezbollah beri amaran warga Israel jauhi tapak tentera

Asap kelihatan dari tapak serangan udara Israel yang menyasarkan kampung Kfar Tibnit di selatan Lubnan semalam/AFP

BEIRUT, 12 Oktober- Kumpulan Hezbollah di Lubnan memberi amaran kepada warga Israel supaya menjauhi tapak tentera Israel di kawasan kediaman di utara negara haram itu.

"Tentera musuh Israel menggunakan rumah-rumah di utara Israel dan mempunyai pangkalan tentera dalam kawasan kejiranan di bandar-bandar utama yang diduduki seperti Haifa, Tiberias dan Acre," menurut kenyataan dalam bahasa Arab dan Ibrani yang dikeluarkan semalam.

Amaran tersebut dikeluarkan demi keselamatan nyawa mereka. Selepas hampir setahun pertempuran rentas sempadan, Israel meningkatkan serangan di Lubnan sejak 23 September lepas.

Peningkatan serangan itu telah meragut lebih 1,200 nyawa dan menyebabkan sekitar sejuta orang kehilangan tempat tinggal.

Hezbollah juga telah berulang kali mengumumkan mereka melancarkan roket ke kawasan di utara Israel.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA