fb fb fb fb fb

30 maut dibedil tentera Israel di Jabalia

Foto AFP

GAZA, 12 Oktober - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam serangan berterusan tentera Israel di bandar Jabalia, utara Gaza termasuk ke atas kem pelarian.

Jurucakap agensi pertahanan awam, Mahmud Bassal berkata, serangan yang dilancarkan menjelang pukul 9.40 malam waktu tempatan (1840 GMT) menyebabkan 12 maut, termasuk wanita dan kanak-kanak.

14 orang masih hilang dan berkemungkinan terperangkap bawah runtuhan.

Sebelum kejadian itu, pengarah agensi berkenaan di utara Gaza, Ahmad al-Kahlut memaklumkan, 18 orang maut dalam beberapa serangan, termasuk ke atas lapan sekolah di kem menempatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Secara keseluruhan, serangan pada Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya 110 cedera.

Hujung minggu lalu, tentera Israel mengumumkan telah mengepung kawasan Jabalia, serta mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk.

Sebahagian besar Gaza musnah sejak Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas wilayah Palestin pada 7 Oktober 2023.

Rejim zionis telah mengebom wilayah Palestin melalui darat, udara dan laut ketika ia berusaha untuk memusnahkan kumpulan Hamas. -AFP

Trainee2