fb fb fb fb fb

AS lulus jualan peluru berpandu bernilai $1.2 bilion kepada UAE

Foto REUTERS

WASHINGTON, 12 Oktober - Amerika Syarikat meluluskan penjualan peluru berpandu untuk sistem pelancar roket berganda bernilai $1.2 bilion kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Cadangan penjualan roket GMLRS dan peluru berpandu ATACMS akan menyokong dasar luar dan objektif keselamatan negara Amerika Syarikat dengan membantu meningkatkan keselamatan rakan serantau yang penting.

"Ia akan meningkatkan keupayaan UAE untuk menghadapi ancaman semasa dan akan datang dengan memodenkan angkatan tenteranya," kata Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA) dalam satu kenyataan.

Meskipun penjualan senjata itu telah diluluskan oleh Jabatan Negara, ia masih perlu mendapat kelulusan Kongres. -AFP

Trainee2