SAN JOSE, 12 Oktober - Nicaragua memutuskan hubungan dengan Israel sebagai tindak balas terhadap kekejaman rejim zionis di Gaza.
"Arahan itu dikeluarkan oleh Presiden Daniel Ortega", menurut Naib Presiden Rosario Murillo.
Ortega merupakan antara pemimpin dunia yang lantang mengkritik Israel, menggelar rejim zionis sebagai "fasis dan pembunuh".
Langkah tersebut pada dasarnya adalah simbolik memandangkan hubungan antara negara Amerika tengah itu dengan Israel hampir tidak wujud.
Israel juga tidak mempunyai duta di ibu negara Nicaragua, Managua.
Nicaragua sebelum ini telah dua kali memutuskan hubungan dengan rejim zionis, iaitu pada 1982 dan 2010. -AFP