fb fb fb fb fb

Hezbollah serang pangkalan tentera Israel

Lokasi sebuah peluru berpandu jatuh di Haifa, utara Israel, pada 7 Oktober 2024, di tengah-tengah ketegangan rentas sempadan antara Israel dan Hezbollah/Reuters

BEIRUT, 7 Oktober- Kumpulan Hezbollah di Lubnan mengesahkan pihaknya berjaya menyasarkan sebuah pangkalan tentera Israel berhampiran bandar Haifa, awal pagi tadi.

Ia merupakan serangan ketiga dalam sehari terhadap kedudukan ketenteraan zionis di kawasan berkenaan.

Menurut satu kenyataan, pejuang Hezbollah yang disokong Iran melancarkan "satu siri roket Fadi 1 ke arah pangkalan Carmel di selatan Haifa" pada lewat Ahad.

Sebelum itu, Hezbollah turut melaporkan dua serangan ke atas pangkalan lain yang juga terletak di selatan Haifa.

Serangan balas berkenaan 'didedikasikan' kepada pemimpin utama mereka, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut bulan lalu.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA