Semakan kelayakan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan bermula hari ini hingga 31 Oktober

Semakan kelayakan membolehkan pelajar yang layak memanfaatkan bantuan untuk memulakan perjalanan ke kampus dengan lebih mudah/Foto FB Ministry of Transport Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 September – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier dipelawa membuat semakan kelayakan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan secara sekali bayar sebanyak RM500 bermula hari ini hingga 31 Oktober 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dokumen sokongan diperlukan: surat setuju terima tawaran, salinan kad pengenalan dan penyata atau salinan buku akaun bank aktif.
  • Bantuan akan disalur terus ke akaun bank pelajar yang layak bagi memudahkan pergerakan ke kampus.
  • Inisiatif membantu meringankan beban kewangan pelajar baharu yang perlu melakukan perjalanan udara antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kementerian Pengangkutan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pelajar baharu yang memenuhi syarat disaran membuat semakan dalam tempoh berkenaan.

“Dokumen sokongan yang diperlukan adalah surat setuju terima tawaran, salinan kad pengenalan serta penyata bank atau salinan buku akaun bank yang aktif.

“Bantuan sebanyak RM500 bakal disalur terus ke akaun pelajar yang layak.

“Semakan kelayakan itu bagi membolehkan pelajar yang layak memanfaatkan bantuan untuk memulakan perjalanan ke kampus dengan lebih mudah,”menurut hantaran berkenaan.

Hantaran itu turut menyatakan bantuan sekali beri itu bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar baharu yang perlu melakukan perjalanan udara merentas Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan bagi tujuan pendaftaran dan memulakan pengajian.

Terdahulu Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri bernilai RM500 kepada setiap pelajar baharu IPTA yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat Kebangsaan di Kuching, malam tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.