TEHRAN, 2 Oktober- Ketua Angkatan Iran, Mejar Jeneral Mohammad Bagheri mengancam untuk mengulangi serangan Tehran terhadap Israel dan menyasarkan infrastruktur rejim berkenaan.
Bercakap menerusi stesen televisyen kerajaan, Bagheri menjangkakan operasi itu akan berulang dengan lebih kerap sekiranya Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu oleh Iran pada petang Selasa.
Bagheri berkata sekiranya rejim zionis tidak terkawal oleh Amerika dan sekutunya serta mahu meneruskan niatnya melakukan jenayah kedaulatan wilayah Iran, operasi sama akan berulang lebih dahsyat dan semua infrastruktur rejim itu akan menjadi sasaran
Bagaimanapun Iran melepaskan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindakan balas ke atas Israel berikutan serangan terhadap Hizbullah di Lubnan.
Namun Israel berjanji untuk bertindak balas terhadap semua musuhnya. Dalam pada itu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa serangan peluru berpandu Iran ke atas Baitumaqdis gagal, pada mesyuarat keselamatan di Tel Aviv pada malam Selasa.
BERITA BERKAITAN
- Konflik Israel - Hezbollah fasa baharu?
- Pendekatan AS gagal selesai konflik di Asia Barat
- Enam mati ditembak, ditikam di Tel Aviv
- Iran beri amaran serangan lebih dahsyat terhadap Israel
- Kawasan pusat beli-belah di Tel Aviv dibom
- Ibu pejabat Mossad di Tel Aviv dibom
- Pencerobohan tentera darat Israel di Lubnan bermula
- Israel lakukan serangan di pinggir selatan Beirut