JERUSALEM, 12 Oktober- Siren keselamatan berbunyi di tengah Israel setelah dua dron memasuki negara haram itu dari Lubnan dengan sekurang-kurangnya sebuah bangunan rosak di utara Tel Aviv, semalam.
"Setelah siren diaktifkan di tengah Israel, dua UAV (dron) dikesan melintasi dari wilayah Lubnan. Terdapat kerosakan pada bangunan di Herzliya," menurut tentera zionis dalam satu kenyataan.
Insiden berlaku ketika warga Israel menyambut perayaan Yom Kippur atau Hari Penebusan.
Awal malam Jumaat, siren amaran turut diaktifkan di puluhan kawasan di barat laut negara haram itu setelah puluhan peluru dilancarkan dari Lubnan. -AFP
BERITA BERKAITAN
- Hezbollah beri amaran warga Israel jauhi tapak tentera
- Hezbollah serang pangkalan tentera Israel
- Konflik Israel - Hezbollah fasa baharu?
- Hezbollah sahkan kematian Hassan Nasrallah
- Ribuan penduduk terperangkap di utara Gaza
- Iran sedia pertahan kedaulatan jika diserang Israel
- PBB kutuk serangan Israel berhampiran ibu pejabat UNIFIL
- Iran sedia pelan tindak balas terhadap serangan Israel