TEHRAN, 12 Oktober- Iran mengesahkan jasad seorang jeneral Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang terbunuh bersama pemimpin utama Hezbollah Hassan Nasrallah dalam serangan Israel bulan lalu di Beirut telah ditemukan.
"Dengan usaha gigih tanpa henti, jenazah Abbas Nilforoushan akhirnya ditemukan.
"Pemindahan jenazah Abbas ke tanah air serta rancangan pengebumian akan diumumkan kemudian," menurut kenyataan IRGC semalam.
Abbas, komander Pasukan Quds yang merupakan unit operasi luar IRGC terbunuh pada 27 September bersama Hassan Nasrallah.
Sebagai tindak balas, IRGC telah melancarkan kira-kira 200 peluru berpandu ke arah Israel pada 1 Oktober lepas.
Iran juga berikrar akan bertindak balas jika diserang oleh musuh utamanya, Israel.
BERITA BERKAITAN
- Putin adakan pertemuan dengan Presiden Iran
- Israel dakwa sedang siap sedia balas serangan peluru berpandu Iran
- 90 peratus misil mengenai sasaran - Iran
- Iran beri amaran serangan lebih dahsyat terhadap Israel
- Iran serang Israel
- Hezbollah beri amaran warga Israel jauhi tapak tentera
- Hezbollah serang pangkalan tentera Israel
- Konflik Israel - Hezbollah fasa baharu?
- Hezbollah sahkan kematian Hassan Nasrallah
- Ibu pejabat Mossad di Tel Aviv dibom