fb fb fb fb fb

Putin adakan pertemuan dengan Presiden Iran

Presiden Iran, Vladmir Putin/Foto REUTERS

ASHGABAT, 11 Oktober-Presiden Rusia, Vladmir Putin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Masoud Pezeshkian di ibu negara Turkimenistan, pada Jumaat lapor agensi berita Rusia.

Pertemuan itu rentetan situasi tegang yang berlaku di Asia Barat susulan serangan udara Israel terhadap ibu negara Lubnan, Beirut yang menyasarkan sekutu Iran, kumpulan Hizbullah.

Hubungan antara Rusia dan Iran, kedua-duanya mengalami sekatan barat kembali diperkukuhkan sejak Kremlin menghantar tentera di Ukraine pada 2022 dan Tehran dipercayai membekalkan Moscow dengan persenjataan ketenteraan.

Menerusi sebuah video pendek yang dikeluarkan oleh wartawan stesen televisyen Rusia, Pezeshkian menuduh israel melakukan pengeboman terhadap orang awam yang disokong oleh kuasa Barat berdasarkan alih bahasa Rusia.

Pihak Kremlin sebelum ini berkata kedua-dua pemimpin bakal membincangkan kerjasama dua hala selain situasi yang berlaku di Asia Barat.

Sebelum ini, Pezeshkian akan mengadakan perbincangan dengan Putin ketika lawatannya ke Rusia bulan ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD