
IRAN, 14 Julai – Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengesahkan tentera negara itu berjaya melancarkan gelombang serangan udara terbaharu ke atas beberapa sasaran ketenteraan di Iran.
- CENTCOM mengesahkan serangan udara AS terkini menumpas sasaran ketenteraan Iran bagi melumpuhkan kemampuan Tehran mengancam laluan perkapalan komersial.
- Operasi ketenteraan berlangsung selama lima jam dan tamat pada pukul 10.15 malam Isnin waktu tempatan.
- Sasaran yang dibedil termasuk Bushehr, Chahbahar, Jask, Konarak, Pulau Abu Musa dan Bandar Abbas.
- CENTCOM mengesahkan lebih 50,000 anggota tentera AS dikerahkan di seluruh Asia Barat dan kekal pada tahap kesiapsiagaan tinggi.
Menurut kenyataan CENTCOM, operasi ketenteraan yang berlangsung selama lima jam itu tamat pada pukul 10.15 malam pada Isnin waktu tempatan.
“Serangan udara berkenaan dilaporkan membedil beberapa sasaran ketenteraan Iran termasuk kawasan Bushehr, Chahbahar, Jask, Konarak, Pulau Abu Musa, dan Bandar Abbas,” menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, CENTCOM turut mengesahkan bahawa lebih 50,000 anggota tentera AS kini bersiap sedia dan ditempatkan di seluruh rantau Asia Barat susulan tamatnya gelombang serangan tersebut.
Pihak ketenteraan AS menegaskan bahawa pasukan mereka di rantau berkenaan akan kekal berwaspada, mempunyai keupayaan tempur yang tinggi, serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. -REUTERS