Zon sempadan Malaysia-Thailand lonjak ekonomi wilayah utara

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan baharu di wilayah utara Semenanjung melalui peningkatan perdagangan rentas sempadan, pembangunan infrastruktur strategik serta pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama Malaysia-Thailand memudahkan kemasukan produk pertanian dan perikanan ke pasaran Laos, Kemboja dan Vietnam.
  • Perjanjian baru memberi kelonggaran tertentu membuka ruang perdagangan dan mengurangkan sekatan kastam sedia ada.
  • Inisiatif sebahagian strategi kerajaan untuk pembangunan lebih seimbang, bukan tertumpu di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Melaka.
  • Pembangunan merangkumi projek strategik: Cuping Valley, Kulim Hi-Tech Park, Perlis Inland Port, Kedah Rubber City, Bukit Kayu Hitam, jambatan Sungai Golok dan Rantau Panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama erat antara kedua-dua negara turut memudahkan kemasukan produk pertanian dan perikanan Malaysia ke pasaran serantau seperti Laos, Kemboja dan Vietnam.

Menurut beliau, perjanjian baharu bersama Thailand yang memberi kelonggaran tertentu akan membuka lebih banyak ruang perdagangan, sekali gus mengurangkan sekatan kastam sedia ada.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berhubung manfaat ekonomi pembangunan zon berkenaan, di Parlimen hari ini.

Tambahnya, inisiatif itu merupakan sebahagian strategi kerajaan untuk memastikan pembangunan negara lebih seimbang dan tidak hanya tertumpu di kawasan ekonomi utama seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.

Pembangunan zon tersebut merangkumi pelbagai projek strategik termasuk Cuping Valley Industrial Area, pengembangan Kulim Hi-Tech Park, Perlis Inland Port (PIP), Kedah Rubber City, pembangunan Bukit Kayu Hitam serta pembinaan jambatan baharu di Sungai Golok dan Rantau Panjang.

Sebelum ini, Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepat pembangunan zon ekonomi khas sempadan serta memudah cara urusan imigresen dan kastam bagi memperkukuh kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.