Agong terima mengadap KP SPRM

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim Aman di Istana Negara, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkongsian di Facebook rasmi Sultan Ibrahim mengenai pertemuan itu.
  • Pertemuan berlangsung kira-kira 30 minit.
  • Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan terkini SPRM.
  • Datuk Seri Abdul Halim mula tugas 13 Mei lalu, menggantikan Tan Sri Azam Baki.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan kira-kira 30 minit itu menyaksikan Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan terkini berkaitan SPRM.

Datuk Seri Abdul Halim yang memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah SPRM pada 13 Mei lalu, menggantikan Tan Sri Azam Baki.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.