Sukan perlu jadi budaya hidup, bukan sekadar lahirkan atlet

Datuk Seri Anwar (dua dari kanan) menyantuni rakyat pada Majlis Perasmian HSN / Foto BERNAMA

SEPANG, 28 November – Sukan perlu dijadikan budaya hidup seluruh rakyat, bukan sekadar tertumpu kepada usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sukan perlu menjadi budaya hidup seluruh rakyat, bukan hanya usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi.
  • Amalan sukan dan senaman dapat membentuk masyarakat yang lebih sihat, aktif dan produktif.
  • Gaya hidup tidak sihat meningkatkan risiko diabetes, menjejaskan kesihatan dan menambah kos rawatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang lebih sihat, aktif dan produktif.

Jelasnya, kemajuan ekonomi dan pembangunan negara tidak membawa makna sepenuhnya sekiranya rakyat terus berdepan masalah kesihatan akibat gaya hidup sihat.

“Sebab itu kegiatan kesukanan itu harus dihidupkan. Kadang-kadang kena gesa ibu bapa. Tahu ke tidak tahap angka kencing manis, Malaysia itu antara paling tinggi di Asia.

“Bayangkan kita galakkan sukan, senaman, olahraga tetapi diabetes paling tinggi. Apa kesannya? Pertama, kesihatan ibu bapa kita, kesihatan kita. Kedua, kos yang terlalu tinggi untuk berubat.

“Kalau kebetulan penyakit itu keturunan atau lain-lain, saya faham. Tapi kebanyakan mengikut laporan, penyakit diabetes itu kita cari sendiri. Kemudian dah terlambat,” katanya.

Beliau menyatakannya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.