PM tolak desakan bubar Parlimen, fokus pembangunan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kerajaan MADANI akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan dan kestabilan negara daripada melayan desakan supaya Parlimen dibubarkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menegaskan rakyat mahu pembangunan diteruskan tanpa gangguan kerenah politik berlebihan.
  • Fokus kerajaan kekal pada kestabilan negara bagi memastikan perkembangan ekonomi dan sosial berterusan.
  • PM menggesa agar politik tidak berlebihan supaya agenda pembangunan tidak terganggu.
  • Beliau menjawab soalan Parlimen mengenai kemungkinan pembubaran susulan ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat mahu pembangunan negara diteruskan, tanpa diganggu kerenah politik berlebihan.

“Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan, rakyat juga mahu supaya pembangunan berjalan, rakyat pun mahu jangan ada kerenah politik sakan macam sekarang ini.

“Jadi kita tumpu kepada pembangunan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid sama ada kerajaan bercadang membubarkan Parlimen susulan ketidaktentuan ekonomi dan politik semasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.