80 tong LPG disita, premis simpan bekalan lebihi had lesen

80 unit tong LPG disita dalam Op Tiris 4.0 di Batu Kurau.

TAIPING, 14 Julai – Sebanyak 80 unit tong gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram disita selepas sebuah premis runcit di Batu Kurau didapati menyimpan bekalan melebihi had kuantiti yang dibenarkan dalam lesen perniagaannya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan bernilai RM8,528 dibuat semasa Op Tiris 4.0 oleh KPDN Perak.
  • Premis runcit didapati menyimpan LPG melebihi had kuantiti yang dibenarkan oleh lesen.
  • Notis di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 dikeluarkan untuk maklumat pemilikan barang kawalan.
  • Dokumen dan bekalan disita; kes disiasat menurut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut.

Rampasan bernilai RM8,528 itu dilakukan menerusi Op Tiris 4.0 (Bersepadu) hasil pemeriksaan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Cawangan Taiping.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan mendapati premis tersebut memiliki barang kawalan iaitu LPG 14 kilogram dalam simpanannya.

Katanya, notis di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pemilikan barang kawalan di premis berkenaan.

Maklum balas yang diterima mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan runcit CSA bagi barang kawalan serta memiliki bekalan semasa LPG sebanyak 1,120 kilogram.

Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati jumlah tersebut melebihi had kuantiti yang dibenarkan dalam lesen perniagaan premis.

Susulan itu, keseluruhan 80 unit tong gas bersama dokumen berkaitan disita untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Ka

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.