BEIRUT, 12 Oktober- Kumpulan Hezbollah di Lubnan melancarkan roket ke atas pangkalan tentera Israel di selatan bandar pesisir Haifa.
Operasi berkenaan dilancarkan ketika warga Israel sedang menyambut perayaan Yom Kippur atau dikenali sebagai Hari Penebusan.
Hezbollah menyatakan pihaknya menyasarkan kilang bahan letupan di pangkalan tersebut dengan satu "salvo" roket.
"Salvo" merujuk pelancaran beberapa roket secara serentak dalam satu tindakan atau serangan.
Istilah "salvo" sering digunakan dalam ketenteraan untuk menggambarkan serangan yang dilakukan secara berkelompok bertujuan meningkatkan impak. -AFP
BERITA BERKAITAN
- Hezbollah beri amaran warga Israel jauhi tapak tentera
- Hezbollah serang pangkalan tentera Israel
- Konflik Israel - Hezbollah fasa baharu?
- Hezbollah sahkan kematian Hassan Nasrallah
- Jenazah Abbas Nilforoushan telah ditemukan - Iran
- Siren 'bergema' di Tel Aviv ketika sambutan Hari Penebusan
- PBB kutuk serangan Israel berhampiran ibu pejabat UNIFIL
- Ibu pejabat Mossad di Tel Aviv dibom