fb fb fb fb fb

Iran sedia pelan tindak balas terhadap serangan Israel

Rakyat Iran menghadiri upacara pengebumian komander dan anggota IRGC/foto AFP

TEHRAN, 6 Oktober - Iran telah menyediakan pelan untuk bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan serangan Israel susulan serangan peluru berpandu balisitik yang dilancarkan ke atas rejim zionis, minggu lepas.

Agensi berita Tasnim memetik sumber dalaman pasukan bersenjata sebagai berkata, perancangan rapi telah disiapkan.

Jika Israel bertindak, tanpa ragu-ragu Iran akan melakukan serangan balas.

Laporan itu turut menyebut, Iran telah mempunyai banyak senarai sasaran di Israel.

Serangan pada Selasa lalu membuktikan Iran mampu memusnahkan mana-mana kawasan yang dikehendaki.

Dalam serangan tersebut, beratus-ratus peluru berpandu dilancarkan ke arah Israel sebagai respons terhadap pembunuhan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dan komander tertinggi Kor Pengawal Revolusi Iran, Abbas Nilforoushan di Beirut.

Ia juga sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh pada 31 Julai di Tehran.-AFP

Trainee