fb fb fb fb fb

Penggodam China godam sistem 'wiretap' mahkamah AS - WSJ

Foto hiasan

BEIJING, 6 Oktober- Penggodam China menggodam rangkaian penyedia jalur lebar Amerika Syarikat (AS) dan memperoleh maklumat daripada sistem yang digunakan kerajaan persekutuan itu, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Sabtu.

Verizon Communications, AT&T dan Lumen Technologies antara syarikat telekomunikasi yang digodam.

Penggodam mungkin memegang akses selama berbulan-bulan kepada infrastruktur rangkaian digunakan syarikat berkenaan untuk bekerjasama dengan permintaan data komunikasi yang dibenarkan oleh mahkamah AS, kata WSJ. Penggodam juga telah mengakses bahagian-bahagian lain trafik internet.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan kepada Reuters berkata, ia tidak menyedari serangan yang diterbitkan dalam laporan berkenaan dan menyifatkan Amerika Syarikat "mencipta naratif palsu."

"Ketika ini keselamatan siber dilihat menjadi cabaran biasa bagi semua negara di seluruh dunia. Pendekatan salah ini hanya akan menghalang usaha masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama menangani cabaran itu melalui dialog dan kerjasama,” kata kementerian itu.

Beijing sebelum ini menafikan dakwaan kerajaan Amerika Syarikat dan pihak lain bahawa ia telah menggunakan penggodam untuk menceroboh sistem komputer asing.

Namun Verizon, AT&T dan Lumen Technologies tidak segera memberikan komen terhadap perkara itu.

WSJ berkata, serangan itu dilakukan oleh kumpulan penggodam China dengan tujuan mengumpul risikan. Penyiasat AS telah menggelarnya sebagai "Salt Typhoon."

Awal tahun ini, penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat telah mengganggu kumpulan penggodaman utama China yang digelar "Flax Typhoon," beberapa bulan selepas berhadapan dengan Beijing mengenai pengintipan siber yang menyeluruh bawah kempen "Volt Typhoon."

Dalam pada itu agensi keselamatan siber Beijing telah menemui dan menerbitkan bukti untuk menunjukkan Volt Typhoon dipentaskan "organisasi perisian tebusan antarabangsa."- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI