fb fb fb fb fb

Remaja ditikam 50 kali sebelum dibakar hidup-hidup

Polis menahan seorang migran disyaki pengedar dadah di Marseille/ foto AFP

MARSEILLE, 6 Oktober -  Kes remaja lelaki berusia 15 tahun yang ditikam sebanyak 50 kali sebelum dibakar hidup-hidup di sini, disyaki kes keganasan berkaitan dadah.

Bercakap kepada media, pendakwa raya Marseille, Nicolas Bessone berkata, remaja itu dibunuh pada Rabu lepas, sambil beliau menyifatkan kes itu antara yang "kengerian yang belum pernah berlaku sebelum ini."

Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis tetapi juga salah satu bandar termiskin, yang dibelenggu oleh keganasan berkaitan dadah.

Bessone berkata, mangsa dan pelaku keganasan, semakin muda.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Marseille menyaksikan perang untuk mengawal pasaran dadah yang sangat menguntungkan antara pelbagai puak, termasuk DZ Mafia.

Remaja itu telah diupah oleh seorang banduan berusia 23 tahun untuk menakut-nakutkan pesaingnya dengan membakar pintu rumahnya.

Untuk melakukan perkara terbabit, mangsa telah dijanjikan 2,000 Euro.

Namun, mangsa dilihat oleh anggota kumpulan musuh, sebelum mereka menikamnya bertubi-tubi dan membakarnya. -AFP

Trainee