fb fb fb fb fb

25 cedera akibat gempa bumi di Peru

Pesakit dan ahli keluarga berkumpul di luar sebuah hospital di Manay, Davao Oriental, selatan Filipina susulan gempa bumi, gambar dirakam pada 11 Oktober/Foto AP/Jeoffrey Maitem

MOSCOW, 30 Disember - Sekurang-kurangnya 25 orang cedera akibat gempa bumi yang melanda Peru, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pusat Operasi Kecemasan melaporkan 25 orang cedera, dengan 12 daripadanya dimasukkan ke hospital manakala 13 lagi dibenarkan pulang selepas menerima rawatan perubatan,” menurut kementerian itu menerusi hantaran di platform X.

Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda Peru pada Ahad, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC). -- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

GRACE AISYAH KEDAYAN