GAZA, 30 Disember – Hamas mengesahkan jurucakap sayap bersenjatanya yang dikenali sebagai Abu Ubaida terbunuh dalam serangan zionis Israel awal tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Hamas sahkan jurucakap sayap bersenjata dikenali Abu Ubaida terbunuh dalam serangan Israel awal tahun ini.
- Pengesahan dibuat melalui ucapan televisyen oleh jurucakap baharu yang menggunakan nama samaran sama.
- Kematian Mohammed Sinwar yang juga ketua tentera Hamas turut diumumkan dalam ucapan itu.
- Abu Ubaida memuji Mohammed Sinwar sebagai pemimpin utama Briged al-Qassam dalam tempoh sukar.
- Israel sebelumnya memaklumkan Mohammed Sinwar terbunuh pada Mei dan Abu Ubaida terkorban tiga bulan kemudian.
Pengesahan itu dibuat menerusi ucapan televisyen oleh jurucakap baharu sayap bersenjata Hamas yang turut menggunakan nama samaran yang sama.
Turut dimaklumkan kematian Mohammed Sinwar yang juga ketua tentera Hamas.
Dalam ucapannya, Abu Ubaida menyifatkan Mohammed Sinwar sebagai pemimpin utama yang menerajui Briged al-Qassam dalam tempoh sukar.
Tentera Israel sebelum ini memaklumkan pada Mei bahawa Mohammed Sinwar, adik kepada bekas pemimpin Hamas Yahya Sinwar, telah terbunuh.
Tiga bulan kemudian Abu Ubaida turut terkorban dalam serangan udara zionis Israel. – REUTERS