BEIRUT, 13 Oktober- Serangan udara Israel ke atas tiga perkampungan di Lubnan semalam mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.
Serangan di Maaysra menyebabkan sembilan maut dan 15 cedera, sementara empat lagi terkorban di Barja dan dua di Deir Billa.
Agensi Berita Kebangsaan (NNA) melaporkan bahawa rumah-rumah di Deir Billa disasarkan adalah menempatkan keluarga pelarian dari selatan Lubnan.
Serangan di kawasan lain termasuk Nabatiyeh dan Aiteet di selatan juga menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda yang dahsyat.
Pertelingkahan rentas sempadan antara Israel dan Hezbollah yang berlangsung lebih setahun memuncak menjadi peperangan penuh sejak 23 September lalu.
Pada Jumaat sahaja, 26 orang dilaporkan terbunuh menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini sebanyak 2,255. Lebih separuh korban itu berlaku selepas 23 September ketika konflik semakin memuncak. -AFP
BERITA BERKAITAN
- Hezbollah lancar 'salvo' roket sasar pangkalan tentera Israel
- Siren 'bergema' di Tel Aviv ketika sambutan Hari Penebusan
- PBB kutuk serangan Israel berhampiran ibu pejabat UNIFIL
- Hezbollah beri amaran warga Israel jauhi tapak tentera
- Hezbollah serang pangkalan tentera Israel
- Konflik Israel - Hezbollah fasa baharu?
- Hezbollah sahkan kematian Hassan Nasrallah
- Ibu pejabat Mossad di Tel Aviv dibom