fb fb fb fb fb

Masih terlalu awal umum kejayaan tangani COVID-19 - WHO

FOTO AFP

GENEVA, 2 Februari - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran masih terlalu awal untuk mana-mana negara mengumumkan kejayaan menangani COVID-19 atau berputus asa untuk mengekang penularan.

Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata virus berkenaan amat berbahaya dan ia terus bermutasi.

"Adalah terlalu awal bagi mana-mana negara menyerah diri atau mengisytiharkan kemenangan. Virus ini merbahaya dan ia terus berkembang di hadapan mata kita," katanya kepada pemberita.

Kenyataan itu dibuat ketika Denmark menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) pertama menarik balik semua sekatan yang dikenakan walaupun terdapat kes Omicron.

Beberapa negara juga mempertimbang untuk mengambil langkah sama.

Tedros menegaskan walaupun varian baharu COVID-19 itu memberi kesan yang rendah, namun kes kematian di kebanyakan negara membimbangkan.

Dalam tempoh beberapa minggu ini, lebih 22 juta kes positif dengan lebih 60,000 kes kematian dilaporkan di seluruh dunia.-AFP

Media Baharu