BrandLaureate berjaya bantu ramai usahawan PMKS, tingkat reputasi jenama

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 Julai Pengiktirafan BrandLaureate berjaya membantu ramai usahawan khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) selain meningkatkan reputasi jenama serta mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas.

RINGKASAN BERITA AI
  • BrandLaureate memperkukuh daya saing jenama tempatan di peringkat antarabangsa dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta kualiti hidup masyarakat.
  • Anugerah mengiktiraf kecemerlangan jenama serta menjadi platform memperkasa pemasaran dan pembangunan perniagaan di peringkat antarabangsa.
  • Penganjuran mendapat pengiktirafan antarabangsa, menampilkan kategori baharu Gaya Hidup dan Perubatan serta menghimpunkan peserta dari pelbagai negara.

Inisiatif itu diwujudkan bagi memperkukuh daya saing jenama tempatan di peringkat antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup dan kualiti kehidupan masyarakat.

Presiden The World Brands Foundation, Profesor Dr KK Johan memaklumkan, pihaknya terus memperkukuh usaha mempromosi kecemerlangan jenama menerusi penganjuran Anugerah BrandLaureate yang mengiktiraf pencapaian syarikat, organisasi dan individu dalam pelbagai sektor.

Menurutnya, anugerah berkenaan bukan sekadar mengiktiraf jenama yang cemerlang, malah menjadi platform memperkasa pemasaran serta pembangunan perniagaan di peringkat antarabangsa.

“Anugerah BrandLaureate mendapat pengiktirafan meluas di peringkat antarabangsa dengan penyertaan pemenang dari lebih 80 negara, melibatkan kira-kira 500 personaliti antarabangsa serta 3,500 jenama dari seluruh dunia.

“Pada penganjuran kali ini, anugerah tersebut turut menampilkan kategori baharu iaitu Gaya Hidup dan Perubatan, selaras dengan keperluan untuk terus mempromosikan serta memperkukuh pembangunan jenama di negara ini.

“Jenama merupakan asas kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Oleh itu, usaha mengiktiraf jenama cemerlang, sama ada dalam sektor gaya hidup, industri mahupun perubatan, perlu diteruskan bagi meningkatkan daya saing dan nilai perniagaan,” katanya pada Majlis Anugerah BrandLaureate di sini, hari ini.

Tambah beliau, penganjuran anugerah kali ini menghimpunkan penerima dan tetamu dari pelbagai negara termasuk Perancis, Singapura, Afrika Selatan, Thailand dan Vietnam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.