
KANGAR, 31 Julai – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis telah menyalurkan empat jenis geran kepada usahawan layak bagi memastikan pengeluaran produk usahawan Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) di negeri itu memenuhi standard pasaran semasa dan mematuhi peraturan-peraturan makanan yang berkuatkuasa.
- Geran meliputi Pembaikan Imej dan Pembungkusan Produk, Agropelancongan, Sokongan Alatan Pemasaran dan Penambahbaikan Outlet KSHOPPE.
- Inisiatif FAMA bertujuan membantu usahawan meningkatkan jualan, pendapatan dan keberkesanan pemasaran agar kekal relevan mengikut trend semasa.
- Sehingga kini sebanyak RM4.8 juta telah disalur kepada 319 usahawan; usahawan digalakkan merebut peluang ditawarkan.
Geran berkenaan masing-masing meliputi Geran Pembaikan Imej dan Pembungkusan Produk, Geran Agropelancongan, Geran Sokongan Alatan Pemasaran dan Geran Penambahbaikan Outlet KSHOPPE.
Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan memberitahu, penyaluran geran-geran berkenaan merupakan salah satu inisiatif FAMA membantu usahawan meningkatkan jualan dan pendapatan serta meningkatkan tahap keberkesanan pemasaran untuk kekal relevan mengikut trend semasa.
“Daripada keseluruhan geran, sebanyak RM392,000 merupakan Geran Agro
Pelancongan, RM83,500 ringgit bagi Geran Pembaikan Imej dan Pembungkusan Produk, RM25,000 sebagai Geran Penambahbaikan Outlet KSHOPPE dan RM10,000 sebagai Geran Sokongan Alatan Pemasaran.
“Sehingga kini sebanyak RM4.8 juta telah disalur kepada 319 usahawan. Para usahawan di Perlis disaran merebut peluang-peluang yang ditawarkan seperti ini,”katanya pada Majlis Penyerahan Geran Pembaikan Imej dan Pembungkusan Produk kepada lima usahawan yang layak.