Kuala Pilah Berselawat, Munajat Perdana Negeri Sembilan perkukuh ukhuwah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tokoh pendakwah, Sheikh Khaleel Ismael Elias hadir pada Majlis Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, Kuala Pilah – Foto Bernama

KUALA PILAH, 31 Julai – Majlis Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan menjadi platform mengeratkan silaturahim antara masyarakat Islam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penganjuran memberi tumpuan memupuk rahmah dan memperkukuh keamanan melalui mesej kasih sayang.
  • Program diyakini memperkukuh penghayatan Islam, memupuk perpaduan serta menguatkan nilai ihsan dalam masyarakat.
  • Majlis diserikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tokoh pendakwah Sheikh Khaleel Ismael Elias.

Fokus penganjuran acara tersebut ialah memupuk sifat rahmah dan memperkukuh keamanan melalui mesej kasih sayang yang disampaikan melalui pengisian program.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, beliau yakin penganjuran program seumpama itu mampu memperkukuh penghayatan Islam.

Sekali gus memupuk perpaduan serta memperkasakan nilai ihsan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Di kala kita menghadapi cabaran dan realiti, kita mesti menyampaikan mesej kasih sayang, rahmah, keamanan dan kedamaian.

“Alhamdulillah, tokoh pendakwah kita mengingatkan masyarakat supaya bersatu padu supaya memperkukuh kesatuan ukhuwah kita sesama Islam dan juga sesama warganegara Malaysia, ” katanya lagi ketika ditemui selepas majlis tersebut di Dataran Melang, di sini, malam tadi.

Program turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tokoh pendakwah, Sheikh Khaleel Ismael Elias.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.