BAITULMAQDIS, 31 Ogos- Dua rakyat Palestin terbunuh ketika tentera Israel sedang bersiap untuk melancarkan serangan bom di Tebing Barat yang diduduki, di mana operasi Zionis telah memasuki hari keempat.
Kumpulan Hamas menyindir tindakan tentera tersebut, dengan "memuji operasi heroik" di selatan Tebing Barat, menyatakan bahawa ia berlaku pada "masa sensitif" dengan pasukan Israel terus menjalankan serbuan di utara wilayah tersebut.
Manakala Jihad Islam Palestin, yang mempunyai kehadiran kuat di utara Tebing Barat, turut mengatakan bahawa ia "mengucapkan tahniah" kepada pelaku apa yang dipanggilnya sebagai "serangan terkoordinasi".
Tentera Israel menggambarkan letupan kenderaan di sebuah stesen minyak di blok penempatan Gush Etzion sebagai "cubaan pengeboman kereta oleh seorang pengganas" yang kemudiannya terbunuh.
Seorang pegawai tentera dan seorang pegawai simpanan turut mengalami cedera ringan," menurut kenyataan tentera Israel.
Dalam kejadian kedua, ketua keselamatan di penempatan Israel Karmei Zur terlibat dalam aksi kejar mengejar dengan seorang penduduk tempatan yang digelar pengganas oleh mereka setelah menyusup masuk ke dalam kompleks penempatan yang akhirnya membawa kepada perlanggaran dan "pengganas" tersebut dinetralisasi tidak lama selepas itu.
"Semasa pertembungan, sebuah peranti letupan dalam kereta pengganas itu meletup," tambahnya.
Sejak Rabu, sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin telah terbunuh oleh tentera Israel, kebanyakannya pejuang Hamas, dalam serbuan serentak di beberapa bandar di utara Tebing Barat.
Sejak Jumaat, tentera Zionis telah menumpukan operasi mereka di bandar Jenin dan kem-kem pelarian di sekelilingnya, yang telah lama menjadi kubu kumpulan bersenjata Palestin yang melawan Israel.
Pada pagi Sabtu, seorang jurugambar AFP di Jenin mendengar pertempuran yang berterusan di bandar tersebut, di mana jalan-jalan kebanyakannya kosong kecuali untuk kenderaan berperisai, termasuk satu yang menyekat akses ke hospital kerajaan.
Daripada 20 rakyat Palestin yang dilaporkan terbunuh sejak hari Rabu, Hamas dan rakan sekutunya Jihad Islam telah mengatakan sekurang-kurangnya 13 adalah anggota sayap bersenjata mereka.-AFP