
KUALA LUMPUR, 17 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- Lebihan mudah tunai sistem konvensional turun kepada RM42.07 bilion, manakala kecairan dana Islam meningkat kepada RM24.70 bilion.
- BNM melaksanakan tiga tender repo berbalik dan dua tender repo berbalik Islam untuk mengurus kecairan.
- Kadar Semalaman Islam Malaysia MYOR-i berada pada 2.75 peratus setakat 16 April 2026.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menurun kepada RM42.07 bilion daripada RM45.66 bilion pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam meningkat kepada RM24.70 bilion berbanding RM23.82 bilion sebelum ini.
Terdahulu, bank pusat itu mengeluarkan tiga tender repo berbalik dan dua tender repo berbalik Islam.
BNM turut menyemak semula tender semalaman murabahah daripada RM24.60 bilion kepada RM24.70 bilion.
Pada 4.00 petang, ia menjalankan tender pasaran wang konvensional RM42.10 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM24.70 bilion, kedua-duanya untuk dana tiga hari.
Setakat 16 April 2026, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus. -BERNAMA