Korea Selatan guna laluan Laut Merah, sejak penutupan Selat Hormuz

Foto hiasan

SEOUL, 17 April – Sebuah kapal tangki minyak Korea Selatan berjaya membawa masuk minyak mentah melalui Laut Merah buat kali pertama sejak penutupan Selat Hormuz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah diambil untuk memastikan bekalan tenaga kekal stabil susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran.
  • Presiden Lee Jae Myung memuji pencapaian penting dan berterima kasih kepada semua kementerian serta para pelaut yang bekerja dalam keadaan mencabar.
  • Ketua Staf Kang Hoon-sik melaporkan perolehan lebih 270 juta tong melalui laluan selamat dan melawat Kazakhstan, Oman, Arab Saudi, Qatar bagi sumber alternatif.

Langkah itu diambil bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat,Israel dan Iran.

Kementerian Lautan Seoul memaklumkan, kejayaan tersebut merupakan kes pertama penghantaran minyak ke negara itu melalui Laut Merah sebagai laluan lencongan sejak sekatan Selat Hormuz dilaksanakan.

Presiden Lee Jae Myung menyifatkan perkembangan itu sebagai pencapaian penting hasil kerjasama erat semua kementerian terlibat.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bekerja siang dan malam dalam keadaan mencabar, khususnya para pelaut,” katanya menerusi platform X.

Sementara itu, Ketua Staf Presiden, Kang Hoon-sik, berkata Korea Selatan telah berjaya mendapatkan bekalan lebih 270 juta tong minyak mentah melalui laluan yang tidak terjejas oleh konflik sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata jumlah tersebut bersamaan lebih tiga bulan keperluan minyak negara itu berdasarkan penggunaan tahun lalu.

Kang sebelum ini turut melakukan lawatan ke beberapa negara termasuk Kazakhstan, Oman, Arab Saudi dan Qatar bagi mendapatkan sumber bahan api alternatif.-AFP