China kecam serangan Houthi sasar lapangan terbang Riyadh

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning / Foto AFP

BEIJING, 12 Oktober – China mengecam serangan terbaharu kumpulan Houthi terhadap lapangan terbang dan infrastruktur tenaga Arab Saudi.

RINGKASAN BERITA AI
  • China menyuarakan kebimbangan serius dan menggesa semua pihak elak tindakan meningkatkan ketegangan serantau, selesaikan perbezaan melalui dialog dan rundingan.
  • Serangan Houthi pada Ahad mensasarkan lapangan terbang Riyadh, mengorbankan seorang dan mencederakan 11, menyebabkan operasi lapangan terbang digantung.
  • Serangan Sabtu dianggap paling berdarah di Arab Saudi dalam lebih sedekad, menandakan peningkatan ketara dalam perang Yaman; Houthi juga sasar kemudahan minyak dan kapal tangki.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning menegaskan, Beijing turut menyuarakan kebimbangan serius terhadap peningkatan konflik antara Riyadh dengan kumpulan bersenjata dari Yaman itu.

“China mengecam serangan yang mengakibatkan korban jiwa yang tinggi dan menyuarakan kebimbangan serius terhadap peningkatan konflik,” katanya pada sidang media.

Beliau turut menggesa semua pihak berkaitan supaya mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serantau serta menyelesaikan perbezaan dan pertikaian menerusi dialog dan rundingan demi mencapai keamanan dan kestabilan di rantau terbabit secepat mungkin.

Serangan Houthi pada Ahad menyasarkan lapangan terbang antarabangsa di Riyadh, mengorbankan seorang individu dan mencederakan 11 yang lain.

Serangan berlaku sehari selepas satu lagi serangan maut yang dilancarkan kumpulan berkenaan menyebabkan operasi lapangan terbang itu digantung.

Serangan pada Sabtu itu merupakan serangan paling berdarah di bumi Arab Saudi dalam tempoh lebih sedekad, sekali gus menandakan peningkatan ketara dalam perang Yaman.

Riyadh sekian lama memberikan sokongan ketenteraan kepada kerajaan Yaman yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dalam konflik menentang Houthi.

Kumpulan Houthi turut meningkatkan serangan terhadap lapangan terbang Riyadh, yang turut menyaksikan tiga kematian pada Khamis, selain menyasarkan kemudahan minyak Arab Saudi dan kapal tangki di Laut Merah. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.